CHAT WITH ME

Rabu, 18 Februari 2009

BLOG & MINISITE

Blog adalah tempat kita memasukkan pelbagai artikel tentang apa yang kita nak kongsikan dengan orang lain.lebih-lebih lagi tengtang perniagaan,blog merupakan halaman induk.
oleh yang demikian pengunjung tahu siapa kita sebenarnya.

Manakala minisite , salesletter atau adik beradik dengannya adalah sebuah halaman khusus untuk kita mempromosikan produk.. 1 minisite, 1 produk,ia tidak dicampur aduk seperti mana kita mempromosikan melalui blog..
Jika kita hanya promosi melalui blog, pengunjung tak akan memberi perhatian terhadap produk yang kita sediakan, ini kerana bermacam-macam jenis produk didalam blog kita tawarkan... last sekali tak jadi beli...

Anda tentu pernah melihat sebuah minisite / salesletter / landing page yang mempromosikan sesuatu produk.Sesetengah ada juga minisite yang menyediakan borang untuk anda memasukkan nama dan email...
saya terangkan secara ringkas bagaimana minisite ini berfungsi
1-jika anda sudah mempunyai blog yang mengunakan domian dan hosting,anda hanya perlu mebina subdomian sahaja untuk menempatkan minisite ini."tiada sebarang kos".
2-Anda boleh membina berapa banyak pun minisite / salesletter untuk dimasukkan ke hosting anda.
3-Terdapat template minisite yang boleh didapati dengan harga sangat murah,anda hanya perlu edit dan masukkan ayat-ayat mengenai produk yang hendak dijual4-Tak perlu upah orang lain,anda sendiri boleh buat tak sampai 2 jam punnnnn....

Selalunya kandungan file yang terdapat dalam sebuah minisite ialah
1-index
2-pesanan (pembeli akan memasukkan nama,hp,email.bukti bayaran)
3-terima kasih
4-Link download
5-folder yang menempatkan imagekemudian semua file tersebut di upload ke server/ hosting anda...

Dan mula promosi.. begitu mudah sekali...Katakanlah anda belum mempunyai domain dan hosting,anda boleh mendapatkan domain dengan bayaran tahunan dan hosting dengan bayaran bulanan (jika tak cukup budget boleh sewa bulanan dulu)Domain rm 30 + hosting bulanan Rm10 = Rm40 shjSetelah anda mempunyai domain dan hosting tersebut, anda boleh membina blog wordpress dan juga minisite...

Sabtu, 14 Februari 2009

DROPSHIPPER........ apa tu?????

Baiklah, saya akan mula dgn "Apa itu drop shipping":

Drop Shipping.- ** salah satu komponen penting dlm e-commerce/perniagaan internet.Ramai yg tahu pasal ni, tapi saya rasa baik saya citer sikit kepada yg baru dgr bende2 ni.

Terms ni di guna untuk online stores yg membuat konsep jualan produk kepada pelanggan yg ingin membeli dan sekaligus menghantar produk tersebut kepada pelangganya.(produk mcm kuih muih ke, kraf ke,bende2 collectors item ke, dll).
Drop shippers pulak adalah manufacturer atau distributor product yg ingin di jual oleh sesuatu online store itu.Drop shipper ini di pertanggungjawabkan untuk menghantar terus produk yg ditempah oleh pelanggan dari online stores tersebut kepada pelanggan itu.
Ini bermakna, online store tidak akan membuat sebarang stok atau inventori kepada produk yg dijual dlm online storenya, sebaliknya, dia hanya perlu mempamerkan produk2 itu,serta menyediakan kaedah shopping cart/pesanan dan kaedah pembayarn yg sesuai dgn online storenya.
Ini sgt menguntungkan kerana,pemilik online store tidak perlu mengeluarkan kos yg banyak untuk membuat simpanan stok.APa yg perlu hanyalah online store sendiri,serta gateway pembayaran (credit card,pay pal dan lain2).Dan selebihnya, seperti penghantaran dan waranti akan di buat oleh pihak drop shippers.Manakala bagi pihak pengeluar/drop shippers pula, ianya juga menguntungkan mereka, kerana sentiasa terdapat permintaan untuk produk2 tersebut,sekaligus meningkatkan sales.
konsep ini boleh di apply di negara kita di atas awareness of internet usage rakyat malaysia. Apa yg perlu hanyalah database2 drop shippers yg sedia untuk menyahut seruan untuk membuat delivery. (kos delivery akan ditanggung oleh pihak client).

Syarat untuk menjadi "drop shippers" adalah amat mudah.Iaitu, memberikan online store satu harga dealer atau harga kos yg sudah semestinya below market price,serta mempunyai kesanggupan untuk membuat delivery (kos delivery akan ditanggung oleh pihak client dan bukan drop shippers tersebut).
Drop Shippers juga perlu membuat warranty punya tanggungan.Sebenarnya syarat2 ini adalah basic bagi mana2 pemborong/manufacturer, dan ianya tidak membebankan mana2 pihak, malah memudahkan urusan e-commerce.

Kalau drop shippers dari Malaysia ingin menwarkan perkhidmatan sebegini, untuk tujuan export,maka,perlu di ingat, ada beberapa item yg amat terkawal serta perlu melibatkan clearence dari kastam negara kita serta negara pengimport.
Antara item yg aku tau adalah hidupan/haiwan2. Yg ni memang amat laku kat luar negara kalau mentang tu semua dari negara kita, cuma kena tau je cara nak export tu. Cthnya ikan kelisa, yg saya tau, ikan kelisa yg generasi ketiga je buleh di eksport.
Ikan laga boleh eksport terus,tapi anda perlu study dulu cara nak buat post.Jgn sesekali membuat cubaan nak smuggle bende2 yg belum di "declare" di kastam kedua2 negara,sebab akan end up, membunuh industri drop shipping tempatan.

Ingat tu,kena jaga etika...cadangan saya, kalau nak jadi drop shippers utnuk tujuan export ke luar negara, cari produk yg senang untuk di clearkan oleh kastam,sebagai contoh, mcm kraf ke,kain baju ke (kain batik) dsbgnya.Perlu juga di ingat, produk checmical seperti kosmetiks, ubat2tan dsbgnya betul2 kena study sebelum nak antar, sebab risk dia adalah, produk tu akan di cop sebagai chemical product yg unknown serta kemudan takleh nak antar dah.saya ada sorang kawan yg baru lepas antar 50 unit cream muka dari Malaysia ke Australia-dan pada masa saya tulis post ni,bende tu tak clear lagi kat kastam Aussie ni.)Jgn tak tau, kawan saya yg asalnya nak buat drop shipping kecil-kecilan ni, (dia jual blanket kain perca yg cantum2 tu), last quarter 2006, dia dapat lebih kurang RM13,000!padahal dia bukan target besor benor camtu,sebab dia tak berapa yakin dgn impact dari online store serta konsep drop shipping ni.

Dan ,FYI,jual blanket tu dia lagi senang hati,sebab lansung dia tak perlu risau pasal waranti.Ni bukanlah kisah orang nak kaya cepat ke, dapat berjuta dlm sebulan ke, tapi lebih kepada minat korang untuk menjual produk2 yg korang minat/suka.Jadi, bukan saja hati seronok,malah income pun dapat di usahakan dgn cara win-win (antara online store dan drop shippers)

(saya akan sambung nanti...)

Jumaat, 28 November 2008

KESILAPAN USAHAWAN : TIDAK KENAL DUNIA BISNES

Maaf lah rasanya dah dekat seminggu saya tak postkan apa-apa artikel, sibuk dengan urusan bisnes. Ini saya masih ada kursus di Ipoh..... dan rasanya nak berkongsi sesuatu dengan anda mengenai pentingnya kursus atau seminar dalam dunia perniagaan......

Sebagaimana yang kita tahu ramai yang memasuki bidang bisnes kerana ghairah mahu menjadi bos sendiri dan memiliki syarikat sendiri. Ramai yang terjun ke dalam bisnes tanpa bekalan yang secukupnya akhirnya mendapati dunia bisnes bukanlah semudah yang disangka.

ILMU PENGETAHUAN, sebenarnya ilmu pengurusan, pengetahuan produk dan kemahiran teknikal terkini adalah sesuatu yang sedikit sebanyak menjadi penyumbang kejayaan jangka masa panjang dalam apa sahaja bisnes yang anda ceburi.

Jadi bengkel atau seminar berkaitan bisnes yang ingin diceburi amatlah penting supaya anda ada bekalan semasa memulakan perniagaan. ianya mungkin menyentuh teknik pengurusan, pemasaran, teknikal atau perundangan. Jadi bertindaklah mulai hari ini... daftarlah diri mengikuti bengkel kerana anda tidak akan rugi malah dalam jangka masa panjang mampu megurangkan kos kerugian syarikat terutamanya apabila anda mempunyai pekerja sendiri.

Selain menyertai seminar, langganlah majalah-majalah bisnes. Donald Trump dalam bukunya How To Get Rich, sentiasa mengikuti perkembangan semasa dengan membaca majalah dan buku bisnes. Beliau menjadikan rutin hariannya supaya belajar perkara baru setiap hari.

Apabila anda tidak tahu sesuatu perkara berkenaan bisnes yang anda ceburi , anda perlu bertanya. Jangan malu!!! sebabnya dengan bertanya satu soalan sahaja, anda boleh mendapat banyak pengetahuan . Usahawan yang berjaya biasanya tidak lokek berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

Sebagai pengguna internet anda sebagai usahawan juga boleh mendapatkan artikel berkaitan keusahawanan yang mana ini boleh memperkayakan pengetahuan anda. Terdapat juga forum-forum yang boleh anda bertukar-tukar fikiran,pengalaman dan produk.

Jadi kesimpulannya kita sebagai usahawan yang mengimpikan kejayaan perlu menambahkan ilmu sedalam-dalamnya dan tidak akan berhenti mencari ilmu itu kerana ilmu perniagaan tidak akan pernah habis dan setiap perjalanan kita dalam dunia perniagaan adalah ilmu yag amat berharga yang kadang-kadang tidak dapat diajar oleh mana-mana guru atau institusi pun.... sekian wassalam...

Isnin, 17 November 2008

PERANAN PEMIMPIN MEMOTIVASI DAN MENGINSPIRASI

Sesiapa sahaja yang berada pada kedudukan kepimpinan mesti mempunyai keupayaan untuk memotivasi dan menginspirasi.


Adakah matlamat anda memerlukan sebuah pasukan? Sebagai usahawan and semestinya memerlukan pekerja???? Jadi pasukan adalah amat penting bagi memastikan kejayaan perniagaan anda.


Motivasi ialah faktor yang perlu bagi membolehkan pasukan anda melakukan perkara yang perlu di lakukan. Ia merupakan bahan bakar yang mendorong pasukan anda memberikan prestasi pada tahap paling tinggi semungkin yang boleh .

Sebenarnya semua orang yang mengetuai orang lain memerlukan keupayaan untuk memotivasi.


Ibu bapa perlu memotivasi anak-anak mereka.
Guru-guru mesti memeotivasi dan memeberikan inspirasi kepada pelajar mereka.
Jurulatih mesti memeotivasikan pasukan mereka untuk menang.
Jeneral tentera mesti memberikan inspirasi kepada askar-askar mereka.


Dan anda sebagai usahawan dan bos kepada pekerja anda perlu juga memotivasi agar mencapai matlamat. Pemimpin yang berjaya selalunya ialah mereka yang dijulang oleh kejayaan pekerja-pekerja yang diinspirasi oleh mereka.


Jadi seharusnya anda sebagai pemimpin perlu tahu makna motivasi, cara terbaik dan praktikal berhubung dengan ahli-ahli pasukan anda dan membuatkan meraka mahu melakukan apa-apa yang terbaik untuk mereka,organisasi anda dan tentu sahaja untuk perniagaan anda.


1 FOR ALL….. ALL FOR 1

Ahad, 16 November 2008

ANDA DAN USAHAWAN

ANDA INGIN MENJADI USAHAWAN? MEMILIKI SYARIKAT SENDIRI, PEKERJA SENDIRI DAN MENJADI BOS KEPADA DIRI SENDIRI?

Semuanya nampak mudah bekerja sendiri apabila bisnes yang anda ingin ceburi sudah sebati dengan diri anda. Anda mempunyai berpuluh tahun pengalaman bekerja di bawah orang lain , namun adakah ianya memadai untuk anda BERJAYA dalam bisnes anda kelak?

Misalnya anda tahu membaiki komputer tetapi tidak semesinya anda berjaya dalam bisnes membaiki komputer. Mana-mana bisnes hanya berjaya apabila ia diasaskan daripada perspektif usahawan, bisnes yang dicipta mengikut realiti dunia bisnes bukan kerana pemilik bisnes itu. Dengan kata lain , bisnes yang Berjaya tidak dibina oleh orang yang luar biasa tetapi ianya dibina oleh orang yang membuat perkara luar biasa. Hasil bisnes itu bergantung pada sistem yang di cipta bukan kepakaran individu. Maka bagi mencapai hasil yang dikehendaki anda juga perlu bagaimana menjadi usahawan. Anda perlu pelajari bagaimana usahawan berfikir dan bertindak. Anda juga perlu tahu system dan realiti dunia bisnes.

Semua orang boleh jadi usahawan yang terbilang, anda cuma perlu tahu bagaimana caranya. INGAT!!! Kesilapan yang dilakukan oleh usahawan adalah satu perkara yang perlu di pelajari oleh usahawan itu dan setiap kesilapan perlu di atasi dengan bijak mengikut pemikiran seorang usahawan dan juga perlu bagi seseorang usahawan itu menjadikan pengajaran di atas kesilapan itu. JANGAN sesekali mengulangi kesilapan yang telah di lakukan.

INGAT!! Tidak semua ilmu usahawan dapat di pelajari dari buku,kursus atau kelas-kelas bimbingan usahawan tetapi sebahagianya akan dipelajari ketika perniagaan itu berjalan. Jadi setiapa usahawan perlu bersedia melalui situasi “PANAS TIDAK SEMESTINYA HINGGA KE PETANG”

Jadi marilah kita sama-sama memupuk semangat keusahawanan dalam diri kita bagi membina ummah yang tidak hanya bergantung kepada hasil usaha orang lain… JOM BISNES!!!!!!

Selasa, 11 November 2008

SEBAB UNTUK BLOG

1. EMOSI

Buatlah sebuah blog untuk anda meluahkan perasaan anda. Tidak kira marah,kecewa,benci,terkilan dan sebagainya. Dengan ini tekanan anda mungkin berkurang. Walaupun tak sebanyak mana, tetapi pasti ada kesannya. Apatah lagi bila ada maklum balas atau komen dari kenalan "ONLINE" anda yang memberi kata peransang atau semangat bagus bukan???? BLOG sebagai terapi emosi.

2. EKONOMI

Terdapat pelbagai cara menghasilkan pendapatan dengan blog.secara ringkasnya anda boleh membina blog yang menarik dan mengemaskininya dari masa ke semasa sehingga anda mempunyai pelawat yang ramai setiap hari. Dengan pelawat yang ramai, anda boleh menyertai program-program pengiklanan di mana mereka memberikan anda komisen atau menjual ruang blog unuk iklan terus kepada sesiapa yang mahu.

3. DIARI

Kita menulis perkara yang berlaku setiap hari di dalam diari, terutama sekali kaum hawa. kita mungkin boleh mengingati hal yang berlaku hari ni atau semalam, namun hal-hal yang berlaku bulan lalu atau setahun lalu? sudah tentu sukar bukan. Nah inilah masanya blog memainkan peranan. Kita mungkin akan tertawa sendiri mengenangkan perkara-perkara menarik yang dilakukan bersama kawan-kawan.

4.BENCHMARK

Blog juga boleh dijadikan kayu pengukur tentang siapa diri kita pada masa lalu dan pada hari ini. Adakah kita masih sama seperti 3 tahun dulu atau bertambah baik? Adakah kita masih berangan tak sudah-sudah seperti dulu tanpa melakukan apa-apa? Adakah kita hari ini adalah orang yang lebih baik dan sangat hebat berbanding diri kita 2 atau 3 tahun dulu? Sekiranya kita masih sama seperti dulu eloklah kita buat sedikit perubahan. Sebaliknya jika kita sudah berada jauh lebih baik dari diri kita yang dulu, bersyukurlah! BLOG boleh menjadi kayu pengukur untuk anda imbas semua yang telah anda lalui dan mungkin bakal anda rancangkan satu hari nanti.

5.PORTFLIO

Sesetengah BLOGGER akan menghantar pos berkaitan kerja yang mereka lakukan atau tentang minat, kepakaran atau hobi mereka. Katakan jika anda berminat dengan tawaran kerja yang di iklankan di surat khabar atau laman web. Jadi kita boleh hantarkan maklumat peribadi besrta salinan kerja dan juga boleh sertakan pautan kepada blog yang mengandungi portfolio anda.Jadi ianya akan memberi kelebihan kepada diri anda daripada orang lain yang tidak mempunyai blog.....

6.KENALAN

Kita sering terfikir untuk mencari kenalan lama yang pernah belajar di sekolah atau sama-sama menuntut di universiti dahulu. Inilah ruang paling mudah dan sesuai. Kita buat satu pos didalam blog menceritakan tentang sekolah kita, kolej atau universiti. Jadi jika ada teman-teman anda menemui blog anda melalui enjin carian menerusi kata kunci nama sekolah atau nama group kita semasa kita belajar dulu. Selain itu, kita juga boleh terus berhubung terus dengan rakan-rakan yang juga mempunyai blog dan mengikuti perkembangan mereka secara maya. Kenalan baru juga akan bertambah berikutan pautan atau pos kita dilihat oleh orang lain dan diberikan komen. maka rantaian kawan-kawan ini tidak terputus dan berkembang hari demi hari.

7.KOMUNIKASI

Anda tentu pernah membaca blog dan anda munkin pernah kurang setuju denga pendapat penulis blog itu. Disini bukan sahaja penulis blog di uji membalas komen dengan hujahan yang baik, ini akan menambahkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi dan ada kadang-kadang pembaca blog menggunakan bahasa kasar kerana tidak bersetuju dengan satu-satu pendapat. Di sini anda sebagai penulis blog perlu bijak mengawal emosi dan tetap tenang demi mempertahankan pendapat anda. Secara perlahan-lahan tanpa kita sedari, kita sudah mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan tahap keyakinan diri yang tinggi.


8.MINAT

Minat atau bakat boleh di salurkan ke blog, jika anda berbakat menulis, melukis, merakam lagu,video dan apa jua sekali pun, biarkan pembaca blog membacanya dari terbiar begitu saja. Blog memberi ruang untuk anda menempatkan hasil kerja atau bakat anda yang tidak dapat di tempatkan di dunia sebenar... mungkin anda berbakat bermain guitar... jadi rakamkannya dan uploadkan di blog anda.... jadi bolehlah orang lain menikmati muzik ciptan anda.

9.MENJUAL DIRI

Jangan salah sangka !! menjual diri bukan bermakna menjual maruah diri. Menjual diri di sini ialah mewar-warkan kepada dunia tentang siapakah anda dan apa yang ada pada diri anda. Ilmu anda,kepakaran anda, kemampuan diri anda, jual kemampuan diri anda supaya wujud peluang sama ada peluang mendapat pekerjaan yang lebih baik melalui blog portfolio anda, peluang mendapat kerja sampingan untuk menambah sumber ekonomi atau peluang mewujudkan perniagaan.


10.ILMU

Sebenarnya ilmu adalah sebab utama blog di bina. Kini orang mengakses internet untuk mencari maklumat dan zaman ini juga di kenali sebagai zaman informasi. Seorang doktor akan mengepos tentang tips-tips kesihatan ataupun info-info penyakit semasa. Seorang pakar sistem komputer pula akan poskan tentang bidang kerjanya diselang-selikan dengan tips-tips komputer dan juga cara mengatasi dan membaik pulih masalah komputer yang berlaku. Begitu juga dengan peguam,novelis,guru dan anda sendiri... ya anda... mengenai bidang kepakaran anda.. menarik bukan??? setiap orang akan poskan aper yang mereka tahu dan ianya adalah ilmu. Bayangkan betapa banyaknya ilmu di blog-blog serata dunia. Bukankah menyampaikan ilmu itu satu perkara baik.


Ini adalah sebahagian sahaja kenapa blogger membina blog, sebenarnya banyak lagi sebab untuk apa blog dibina.... jadi terpulang pada anda untuk menentukan sebab kenapa anda hendak membina blog anda sendiri.... teruskan!!!!!

Ahad, 9 November 2008

APA ITU BLOG???

Assalamualaikum.....

Anda tau aper itu blog?? anda tahu kenapa orang membina blog??
Hari ini saya tak postkan mengenai motivasi..... tetapi berkenaan info sedikit.

Apakah itu blog? Apakah bezanya antara blog dan laman web? sebenarnya, blog juga salah satu jenis laman web yang sama seperti forum, portal dan sebagainya cuma sasaran dan rupanya sahaja berbeza. Blog mempunyai beberapa jenis, ada yang bersifat jurnal, peribadi,blogfoto,vblog, podcast dan banyak lagi. Blog juga di kategorikan mengikut tajuk tertentu seperti blog automatif, blog teknologi, blog fesyen, blog gajet-gajet terkini dan sebagainya.

Antara jutaan blog di internet, blog peribadi adalah blog yang paling banyak dibina di seluruh dunia. Blog kini semakin popular dan juga tren semasa, anda juga perlu mempunyai blog. kenapa anda perlukan blog??

esok saya akan postkan sebab-sebab untuk BLOG.... tunggu yer>>>>>