CHAT WITH ME

Jumaat, 28 November 2008

KESILAPAN USAHAWAN : TIDAK KENAL DUNIA BISNES

Maaf lah rasanya dah dekat seminggu saya tak postkan apa-apa artikel, sibuk dengan urusan bisnes. Ini saya masih ada kursus di Ipoh..... dan rasanya nak berkongsi sesuatu dengan anda mengenai pentingnya kursus atau seminar dalam dunia perniagaan......

Sebagaimana yang kita tahu ramai yang memasuki bidang bisnes kerana ghairah mahu menjadi bos sendiri dan memiliki syarikat sendiri. Ramai yang terjun ke dalam bisnes tanpa bekalan yang secukupnya akhirnya mendapati dunia bisnes bukanlah semudah yang disangka.

ILMU PENGETAHUAN, sebenarnya ilmu pengurusan, pengetahuan produk dan kemahiran teknikal terkini adalah sesuatu yang sedikit sebanyak menjadi penyumbang kejayaan jangka masa panjang dalam apa sahaja bisnes yang anda ceburi.

Jadi bengkel atau seminar berkaitan bisnes yang ingin diceburi amatlah penting supaya anda ada bekalan semasa memulakan perniagaan. ianya mungkin menyentuh teknik pengurusan, pemasaran, teknikal atau perundangan. Jadi bertindaklah mulai hari ini... daftarlah diri mengikuti bengkel kerana anda tidak akan rugi malah dalam jangka masa panjang mampu megurangkan kos kerugian syarikat terutamanya apabila anda mempunyai pekerja sendiri.

Selain menyertai seminar, langganlah majalah-majalah bisnes. Donald Trump dalam bukunya How To Get Rich, sentiasa mengikuti perkembangan semasa dengan membaca majalah dan buku bisnes. Beliau menjadikan rutin hariannya supaya belajar perkara baru setiap hari.

Apabila anda tidak tahu sesuatu perkara berkenaan bisnes yang anda ceburi , anda perlu bertanya. Jangan malu!!! sebabnya dengan bertanya satu soalan sahaja, anda boleh mendapat banyak pengetahuan . Usahawan yang berjaya biasanya tidak lokek berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

Sebagai pengguna internet anda sebagai usahawan juga boleh mendapatkan artikel berkaitan keusahawanan yang mana ini boleh memperkayakan pengetahuan anda. Terdapat juga forum-forum yang boleh anda bertukar-tukar fikiran,pengalaman dan produk.

Jadi kesimpulannya kita sebagai usahawan yang mengimpikan kejayaan perlu menambahkan ilmu sedalam-dalamnya dan tidak akan berhenti mencari ilmu itu kerana ilmu perniagaan tidak akan pernah habis dan setiap perjalanan kita dalam dunia perniagaan adalah ilmu yag amat berharga yang kadang-kadang tidak dapat diajar oleh mana-mana guru atau institusi pun.... sekian wassalam...