CHAT WITH ME

Isnin, 17 November 2008

PERANAN PEMIMPIN MEMOTIVASI DAN MENGINSPIRASI

Sesiapa sahaja yang berada pada kedudukan kepimpinan mesti mempunyai keupayaan untuk memotivasi dan menginspirasi.


Adakah matlamat anda memerlukan sebuah pasukan? Sebagai usahawan and semestinya memerlukan pekerja???? Jadi pasukan adalah amat penting bagi memastikan kejayaan perniagaan anda.


Motivasi ialah faktor yang perlu bagi membolehkan pasukan anda melakukan perkara yang perlu di lakukan. Ia merupakan bahan bakar yang mendorong pasukan anda memberikan prestasi pada tahap paling tinggi semungkin yang boleh .

Sebenarnya semua orang yang mengetuai orang lain memerlukan keupayaan untuk memotivasi.


Ibu bapa perlu memotivasi anak-anak mereka.
Guru-guru mesti memeotivasi dan memeberikan inspirasi kepada pelajar mereka.
Jurulatih mesti memeotivasikan pasukan mereka untuk menang.
Jeneral tentera mesti memberikan inspirasi kepada askar-askar mereka.


Dan anda sebagai usahawan dan bos kepada pekerja anda perlu juga memotivasi agar mencapai matlamat. Pemimpin yang berjaya selalunya ialah mereka yang dijulang oleh kejayaan pekerja-pekerja yang diinspirasi oleh mereka.


Jadi seharusnya anda sebagai pemimpin perlu tahu makna motivasi, cara terbaik dan praktikal berhubung dengan ahli-ahli pasukan anda dan membuatkan meraka mahu melakukan apa-apa yang terbaik untuk mereka,organisasi anda dan tentu sahaja untuk perniagaan anda.


1 FOR ALL….. ALL FOR 1