CHAT WITH ME

Ahad, 16 November 2008

ANDA DAN USAHAWAN

ANDA INGIN MENJADI USAHAWAN? MEMILIKI SYARIKAT SENDIRI, PEKERJA SENDIRI DAN MENJADI BOS KEPADA DIRI SENDIRI?

Semuanya nampak mudah bekerja sendiri apabila bisnes yang anda ingin ceburi sudah sebati dengan diri anda. Anda mempunyai berpuluh tahun pengalaman bekerja di bawah orang lain , namun adakah ianya memadai untuk anda BERJAYA dalam bisnes anda kelak?

Misalnya anda tahu membaiki komputer tetapi tidak semesinya anda berjaya dalam bisnes membaiki komputer. Mana-mana bisnes hanya berjaya apabila ia diasaskan daripada perspektif usahawan, bisnes yang dicipta mengikut realiti dunia bisnes bukan kerana pemilik bisnes itu. Dengan kata lain , bisnes yang Berjaya tidak dibina oleh orang yang luar biasa tetapi ianya dibina oleh orang yang membuat perkara luar biasa. Hasil bisnes itu bergantung pada sistem yang di cipta bukan kepakaran individu. Maka bagi mencapai hasil yang dikehendaki anda juga perlu bagaimana menjadi usahawan. Anda perlu pelajari bagaimana usahawan berfikir dan bertindak. Anda juga perlu tahu system dan realiti dunia bisnes.

Semua orang boleh jadi usahawan yang terbilang, anda cuma perlu tahu bagaimana caranya. INGAT!!! Kesilapan yang dilakukan oleh usahawan adalah satu perkara yang perlu di pelajari oleh usahawan itu dan setiap kesilapan perlu di atasi dengan bijak mengikut pemikiran seorang usahawan dan juga perlu bagi seseorang usahawan itu menjadikan pengajaran di atas kesilapan itu. JANGAN sesekali mengulangi kesilapan yang telah di lakukan.

INGAT!! Tidak semua ilmu usahawan dapat di pelajari dari buku,kursus atau kelas-kelas bimbingan usahawan tetapi sebahagianya akan dipelajari ketika perniagaan itu berjalan. Jadi setiapa usahawan perlu bersedia melalui situasi “PANAS TIDAK SEMESTINYA HINGGA KE PETANG”

Jadi marilah kita sama-sama memupuk semangat keusahawanan dalam diri kita bagi membina ummah yang tidak hanya bergantung kepada hasil usaha orang lain… JOM BISNES!!!!!!