CHAT WITH ME

Jumaat, 28 November 2008

KESILAPAN USAHAWAN : TIDAK KENAL DUNIA BISNES

Maaf lah rasanya dah dekat seminggu saya tak postkan apa-apa artikel, sibuk dengan urusan bisnes. Ini saya masih ada kursus di Ipoh..... dan rasanya nak berkongsi sesuatu dengan anda mengenai pentingnya kursus atau seminar dalam dunia perniagaan......

Sebagaimana yang kita tahu ramai yang memasuki bidang bisnes kerana ghairah mahu menjadi bos sendiri dan memiliki syarikat sendiri. Ramai yang terjun ke dalam bisnes tanpa bekalan yang secukupnya akhirnya mendapati dunia bisnes bukanlah semudah yang disangka.

ILMU PENGETAHUAN, sebenarnya ilmu pengurusan, pengetahuan produk dan kemahiran teknikal terkini adalah sesuatu yang sedikit sebanyak menjadi penyumbang kejayaan jangka masa panjang dalam apa sahaja bisnes yang anda ceburi.

Jadi bengkel atau seminar berkaitan bisnes yang ingin diceburi amatlah penting supaya anda ada bekalan semasa memulakan perniagaan. ianya mungkin menyentuh teknik pengurusan, pemasaran, teknikal atau perundangan. Jadi bertindaklah mulai hari ini... daftarlah diri mengikuti bengkel kerana anda tidak akan rugi malah dalam jangka masa panjang mampu megurangkan kos kerugian syarikat terutamanya apabila anda mempunyai pekerja sendiri.

Selain menyertai seminar, langganlah majalah-majalah bisnes. Donald Trump dalam bukunya How To Get Rich, sentiasa mengikuti perkembangan semasa dengan membaca majalah dan buku bisnes. Beliau menjadikan rutin hariannya supaya belajar perkara baru setiap hari.

Apabila anda tidak tahu sesuatu perkara berkenaan bisnes yang anda ceburi , anda perlu bertanya. Jangan malu!!! sebabnya dengan bertanya satu soalan sahaja, anda boleh mendapat banyak pengetahuan . Usahawan yang berjaya biasanya tidak lokek berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

Sebagai pengguna internet anda sebagai usahawan juga boleh mendapatkan artikel berkaitan keusahawanan yang mana ini boleh memperkayakan pengetahuan anda. Terdapat juga forum-forum yang boleh anda bertukar-tukar fikiran,pengalaman dan produk.

Jadi kesimpulannya kita sebagai usahawan yang mengimpikan kejayaan perlu menambahkan ilmu sedalam-dalamnya dan tidak akan berhenti mencari ilmu itu kerana ilmu perniagaan tidak akan pernah habis dan setiap perjalanan kita dalam dunia perniagaan adalah ilmu yag amat berharga yang kadang-kadang tidak dapat diajar oleh mana-mana guru atau institusi pun.... sekian wassalam...

Isnin, 17 November 2008

PERANAN PEMIMPIN MEMOTIVASI DAN MENGINSPIRASI

Sesiapa sahaja yang berada pada kedudukan kepimpinan mesti mempunyai keupayaan untuk memotivasi dan menginspirasi.


Adakah matlamat anda memerlukan sebuah pasukan? Sebagai usahawan and semestinya memerlukan pekerja???? Jadi pasukan adalah amat penting bagi memastikan kejayaan perniagaan anda.


Motivasi ialah faktor yang perlu bagi membolehkan pasukan anda melakukan perkara yang perlu di lakukan. Ia merupakan bahan bakar yang mendorong pasukan anda memberikan prestasi pada tahap paling tinggi semungkin yang boleh .

Sebenarnya semua orang yang mengetuai orang lain memerlukan keupayaan untuk memotivasi.


Ibu bapa perlu memotivasi anak-anak mereka.
Guru-guru mesti memeotivasi dan memeberikan inspirasi kepada pelajar mereka.
Jurulatih mesti memeotivasikan pasukan mereka untuk menang.
Jeneral tentera mesti memberikan inspirasi kepada askar-askar mereka.


Dan anda sebagai usahawan dan bos kepada pekerja anda perlu juga memotivasi agar mencapai matlamat. Pemimpin yang berjaya selalunya ialah mereka yang dijulang oleh kejayaan pekerja-pekerja yang diinspirasi oleh mereka.


Jadi seharusnya anda sebagai pemimpin perlu tahu makna motivasi, cara terbaik dan praktikal berhubung dengan ahli-ahli pasukan anda dan membuatkan meraka mahu melakukan apa-apa yang terbaik untuk mereka,organisasi anda dan tentu sahaja untuk perniagaan anda.


1 FOR ALL….. ALL FOR 1

Ahad, 16 November 2008

ANDA DAN USAHAWAN

ANDA INGIN MENJADI USAHAWAN? MEMILIKI SYARIKAT SENDIRI, PEKERJA SENDIRI DAN MENJADI BOS KEPADA DIRI SENDIRI?

Semuanya nampak mudah bekerja sendiri apabila bisnes yang anda ingin ceburi sudah sebati dengan diri anda. Anda mempunyai berpuluh tahun pengalaman bekerja di bawah orang lain , namun adakah ianya memadai untuk anda BERJAYA dalam bisnes anda kelak?

Misalnya anda tahu membaiki komputer tetapi tidak semesinya anda berjaya dalam bisnes membaiki komputer. Mana-mana bisnes hanya berjaya apabila ia diasaskan daripada perspektif usahawan, bisnes yang dicipta mengikut realiti dunia bisnes bukan kerana pemilik bisnes itu. Dengan kata lain , bisnes yang Berjaya tidak dibina oleh orang yang luar biasa tetapi ianya dibina oleh orang yang membuat perkara luar biasa. Hasil bisnes itu bergantung pada sistem yang di cipta bukan kepakaran individu. Maka bagi mencapai hasil yang dikehendaki anda juga perlu bagaimana menjadi usahawan. Anda perlu pelajari bagaimana usahawan berfikir dan bertindak. Anda juga perlu tahu system dan realiti dunia bisnes.

Semua orang boleh jadi usahawan yang terbilang, anda cuma perlu tahu bagaimana caranya. INGAT!!! Kesilapan yang dilakukan oleh usahawan adalah satu perkara yang perlu di pelajari oleh usahawan itu dan setiap kesilapan perlu di atasi dengan bijak mengikut pemikiran seorang usahawan dan juga perlu bagi seseorang usahawan itu menjadikan pengajaran di atas kesilapan itu. JANGAN sesekali mengulangi kesilapan yang telah di lakukan.

INGAT!! Tidak semua ilmu usahawan dapat di pelajari dari buku,kursus atau kelas-kelas bimbingan usahawan tetapi sebahagianya akan dipelajari ketika perniagaan itu berjalan. Jadi setiapa usahawan perlu bersedia melalui situasi “PANAS TIDAK SEMESTINYA HINGGA KE PETANG”

Jadi marilah kita sama-sama memupuk semangat keusahawanan dalam diri kita bagi membina ummah yang tidak hanya bergantung kepada hasil usaha orang lain… JOM BISNES!!!!!!

Selasa, 11 November 2008

SEBAB UNTUK BLOG

1. EMOSI

Buatlah sebuah blog untuk anda meluahkan perasaan anda. Tidak kira marah,kecewa,benci,terkilan dan sebagainya. Dengan ini tekanan anda mungkin berkurang. Walaupun tak sebanyak mana, tetapi pasti ada kesannya. Apatah lagi bila ada maklum balas atau komen dari kenalan "ONLINE" anda yang memberi kata peransang atau semangat bagus bukan???? BLOG sebagai terapi emosi.

2. EKONOMI

Terdapat pelbagai cara menghasilkan pendapatan dengan blog.secara ringkasnya anda boleh membina blog yang menarik dan mengemaskininya dari masa ke semasa sehingga anda mempunyai pelawat yang ramai setiap hari. Dengan pelawat yang ramai, anda boleh menyertai program-program pengiklanan di mana mereka memberikan anda komisen atau menjual ruang blog unuk iklan terus kepada sesiapa yang mahu.

3. DIARI

Kita menulis perkara yang berlaku setiap hari di dalam diari, terutama sekali kaum hawa. kita mungkin boleh mengingati hal yang berlaku hari ni atau semalam, namun hal-hal yang berlaku bulan lalu atau setahun lalu? sudah tentu sukar bukan. Nah inilah masanya blog memainkan peranan. Kita mungkin akan tertawa sendiri mengenangkan perkara-perkara menarik yang dilakukan bersama kawan-kawan.

4.BENCHMARK

Blog juga boleh dijadikan kayu pengukur tentang siapa diri kita pada masa lalu dan pada hari ini. Adakah kita masih sama seperti 3 tahun dulu atau bertambah baik? Adakah kita masih berangan tak sudah-sudah seperti dulu tanpa melakukan apa-apa? Adakah kita hari ini adalah orang yang lebih baik dan sangat hebat berbanding diri kita 2 atau 3 tahun dulu? Sekiranya kita masih sama seperti dulu eloklah kita buat sedikit perubahan. Sebaliknya jika kita sudah berada jauh lebih baik dari diri kita yang dulu, bersyukurlah! BLOG boleh menjadi kayu pengukur untuk anda imbas semua yang telah anda lalui dan mungkin bakal anda rancangkan satu hari nanti.

5.PORTFLIO

Sesetengah BLOGGER akan menghantar pos berkaitan kerja yang mereka lakukan atau tentang minat, kepakaran atau hobi mereka. Katakan jika anda berminat dengan tawaran kerja yang di iklankan di surat khabar atau laman web. Jadi kita boleh hantarkan maklumat peribadi besrta salinan kerja dan juga boleh sertakan pautan kepada blog yang mengandungi portfolio anda.Jadi ianya akan memberi kelebihan kepada diri anda daripada orang lain yang tidak mempunyai blog.....

6.KENALAN

Kita sering terfikir untuk mencari kenalan lama yang pernah belajar di sekolah atau sama-sama menuntut di universiti dahulu. Inilah ruang paling mudah dan sesuai. Kita buat satu pos didalam blog menceritakan tentang sekolah kita, kolej atau universiti. Jadi jika ada teman-teman anda menemui blog anda melalui enjin carian menerusi kata kunci nama sekolah atau nama group kita semasa kita belajar dulu. Selain itu, kita juga boleh terus berhubung terus dengan rakan-rakan yang juga mempunyai blog dan mengikuti perkembangan mereka secara maya. Kenalan baru juga akan bertambah berikutan pautan atau pos kita dilihat oleh orang lain dan diberikan komen. maka rantaian kawan-kawan ini tidak terputus dan berkembang hari demi hari.

7.KOMUNIKASI

Anda tentu pernah membaca blog dan anda munkin pernah kurang setuju denga pendapat penulis blog itu. Disini bukan sahaja penulis blog di uji membalas komen dengan hujahan yang baik, ini akan menambahkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi dan ada kadang-kadang pembaca blog menggunakan bahasa kasar kerana tidak bersetuju dengan satu-satu pendapat. Di sini anda sebagai penulis blog perlu bijak mengawal emosi dan tetap tenang demi mempertahankan pendapat anda. Secara perlahan-lahan tanpa kita sedari, kita sudah mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan tahap keyakinan diri yang tinggi.


8.MINAT

Minat atau bakat boleh di salurkan ke blog, jika anda berbakat menulis, melukis, merakam lagu,video dan apa jua sekali pun, biarkan pembaca blog membacanya dari terbiar begitu saja. Blog memberi ruang untuk anda menempatkan hasil kerja atau bakat anda yang tidak dapat di tempatkan di dunia sebenar... mungkin anda berbakat bermain guitar... jadi rakamkannya dan uploadkan di blog anda.... jadi bolehlah orang lain menikmati muzik ciptan anda.

9.MENJUAL DIRI

Jangan salah sangka !! menjual diri bukan bermakna menjual maruah diri. Menjual diri di sini ialah mewar-warkan kepada dunia tentang siapakah anda dan apa yang ada pada diri anda. Ilmu anda,kepakaran anda, kemampuan diri anda, jual kemampuan diri anda supaya wujud peluang sama ada peluang mendapat pekerjaan yang lebih baik melalui blog portfolio anda, peluang mendapat kerja sampingan untuk menambah sumber ekonomi atau peluang mewujudkan perniagaan.


10.ILMU

Sebenarnya ilmu adalah sebab utama blog di bina. Kini orang mengakses internet untuk mencari maklumat dan zaman ini juga di kenali sebagai zaman informasi. Seorang doktor akan mengepos tentang tips-tips kesihatan ataupun info-info penyakit semasa. Seorang pakar sistem komputer pula akan poskan tentang bidang kerjanya diselang-selikan dengan tips-tips komputer dan juga cara mengatasi dan membaik pulih masalah komputer yang berlaku. Begitu juga dengan peguam,novelis,guru dan anda sendiri... ya anda... mengenai bidang kepakaran anda.. menarik bukan??? setiap orang akan poskan aper yang mereka tahu dan ianya adalah ilmu. Bayangkan betapa banyaknya ilmu di blog-blog serata dunia. Bukankah menyampaikan ilmu itu satu perkara baik.


Ini adalah sebahagian sahaja kenapa blogger membina blog, sebenarnya banyak lagi sebab untuk apa blog dibina.... jadi terpulang pada anda untuk menentukan sebab kenapa anda hendak membina blog anda sendiri.... teruskan!!!!!

Ahad, 9 November 2008

APA ITU BLOG???

Assalamualaikum.....

Anda tau aper itu blog?? anda tahu kenapa orang membina blog??
Hari ini saya tak postkan mengenai motivasi..... tetapi berkenaan info sedikit.

Apakah itu blog? Apakah bezanya antara blog dan laman web? sebenarnya, blog juga salah satu jenis laman web yang sama seperti forum, portal dan sebagainya cuma sasaran dan rupanya sahaja berbeza. Blog mempunyai beberapa jenis, ada yang bersifat jurnal, peribadi,blogfoto,vblog, podcast dan banyak lagi. Blog juga di kategorikan mengikut tajuk tertentu seperti blog automatif, blog teknologi, blog fesyen, blog gajet-gajet terkini dan sebagainya.

Antara jutaan blog di internet, blog peribadi adalah blog yang paling banyak dibina di seluruh dunia. Blog kini semakin popular dan juga tren semasa, anda juga perlu mempunyai blog. kenapa anda perlukan blog??

esok saya akan postkan sebab-sebab untuk BLOG.... tunggu yer>>>>>

Jumaat, 7 November 2008

USAHAWAN JUTAWAN????

Pernah tak anda tanya soalan ini? Rata-rata, ramai (bukan semua) hendak menjadi jutawan. Tetapi secara jujur, KENAPA anda ingin menjadi jutawan?
Soalan ini agak penting oleh kerana ia merujuk kepada akar pada cita-cita anda. Sekiranya anda tidak jelas dengan sebab KENAPA?… maka, ianya amat sukar untuk mengetahui BAGAIMANA?
So why? why? AND why?
ANTARA SEBABNYA


1. supaya duit tidak jadi masalah
2. dapat mengurusakan keluarga dengan berkesan
3. memenuhi tanggungjawab ke atas keluarga
4. dapat melakukan banyak perkara tanpa halangan
5. mencapai impian yang telah dicitakan dari kecil
6. membantu saudara-mara yang memerlukan
7. kos hidup semakin meningkat setiap hari
8. pendidikan anak-anak pun perlukan belanja besar.
9. bebas melakukan sesuatu tanpa masalah kewangan
10.untuk membalas jasa orang tua…dengan mengembirakan mereka…insyallah untuk
menghantar mereka ke Tanah Suci Mekah…

itu adalah antara jawapan yg selalu kita tanya KENAPA HENDAK JADI JUTAWAN

rata-rata masalah yang berlaku adalah kerana masalah kewangan yang sempit dan membelenggu.

“Wang bukan segala-galanya, tetapi segalanya adalah wang”

Jadi jutawan kena banyak tahu banyak perkara dan lebih banyak usaha yang serius.Kena sampai tahap kena fokus siang malam nak jadi jutawan!

“usaha,sabar, usaha,sabar, usaha, sabar, usaha sampai jadi jutawan!”

tapi yang paling penting DOA dan TAWAKAL

dan perlu selalu mensyukuri setiap pemberianNYA. INSYALLAH

SO APA IMPIAN ANDA UNTUK JADI JUTAWAN????? jom kongsi dengan semua!!

Khamis, 6 November 2008

AUDIT QALBU

Secara fitrahnya, dalam jiwa manusia itu sudah ada satu naluri kemanusiaan yang di bahagi 2 :

1. Naluri rasa bertuhan
2. Naluri rsa kehambaan

Kedua-dua naluri itu hendaklah sentiasa dipupuk dengan ajaran wahyu dan sunnah agar ia hidup dan tumbuh sebagai pohom rohani yang subur dan mengeluarkan bunga dan buah yang banyak yang akan mendatangkan banyak manfaat kepada diri sendiri dan seluruh umat.

Ironinya kerap kita dapat melihat dalam masyarakat kita,... orang yang fanatik dengan jalan kebendaan, bekerja siang malam tanpa henti, bergerak ke merata tempat untuk untuk berniaga sehingga tertinggal solat, tetapi pencapaian kebendaannya tak seberapa.

Sebaliknya mereka yang kelihatan sibuk berdakwah dan melakukan kerja-kerja agama... tetapi kelihatan hidup mewah dan sempurna. Keluarga terpelihara. kenapa? Allah menjamin rezeki orang yang sentiasa memilih jalan-Nya.

Jika tubuh jasmani sentiasa diberi makan minum dan di rawat maka tidak terkecualilah tubuh rohani... ia perlu diberi makan dan dirawat. Namun kelekaan kepada dunia dan runtunan nafsu menjadikan kebanyakan daripada kita lebih menyelami tuntutan jasmani. Jika perut lapar kita akan segera dapatkan makanan, jika kehausan kita akan segera mencari air, kalau kita tercedera atau sakit kita akan segera mencari doktor untuk mendapatkan rawatan.

Tetapi kelaparan. dahaga dan kesakitan rohani biarpun sudah bertahun-tahun lamanya tidak pernah kita ambil peduli, walaupun parah sekalipun tidak pernah kita ubati.

Rohani yang lapar dan dahaga jikalau dibiarkan akan menyebabkan kegelisahan, resah dan rasa tidak tentu arah. namun kita selalu tidak mengambil peduli tentang faktor ini dan sering menyalahkan pada faktor cuaca, persekitaran dan kedudukan kewangan kita.

RENUNG-RENUNGKAN!!!!

Namun kita masih belum terlambat, pintu taubat masih terbuka, ayuh kita menuju jalan kembali.

firman Allah bermaksud;

"jika mereka itu tetap berada di atas jalan Allah, pasti Allah kana memberikan kepada mereka itu rezeki dan kekayaan yang melimpah ruah"
(maksud surah Jin :16)

Isnin, 3 November 2008

KUNCI MERANCANG MASA

Berikut adalah 3 kunci merancang masa:

Kunci #1: Rancang hari anda pada malam sebelumnya

Dalam pengurusan masa, lebih banyak anda merancang, lebih banyak masa dapat dijimatkan. Rancang keesokan hari anda pada hari sebelumnya.
Sebelum masuk tidur, ambil sekeping kertas dan tuliskan segala aktiviti yang anda perlu lakukan untuk esok hari.Perancangan sebegini akan memudahkan kerja yang dilakukan keesokan hari.Ianya dikatakan bahawa, 10% daripada masa anda ambil untuk merancang masa, anda akan menjimat 90% daripada masa anda dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan.
Seringkali juga digalakkan merancang pada malam sebelumnya oleh kerana ketika tidur, minda anda umpama bersedia untuk menangni hari yang baru yang penuh dengan perancangan. Kerja akan lebih sempurna dan tersusun dengan merancang pada hari sebelumnya.


Kunci #2: Senarai mengikut kepentingan

Salah satu cara yang sering disarankan dalam mengurus masa adalah menyenaraikan apa yang anda perlu lakukan. Langkah seterusnya adalah, pada senarai tersebut, tandakan A, B, Cdan D disebelah segala aktiviti anda mengikut kepentingan.
TandakanA pada perkara yang penting untuk anda lakukan.
B pada perkara yangkurang penting, tetapi, masih perlu di lakukan.
C pada perkara yang kurang penting, dan
D pada perkara yang tidak penting langsung.Sering kali apabila anda menyiapkan senarai mengikut kepentingan ini, anda akan dapat lihat di manakan keutamaan anda perlu tumpukanterlebih dahulu.
Aktiviti yang di tandakan D boleh di pangkah daripada senarai anda oleh kerana ianya tidak penting. Mungkin sekiranya anda mempunyai masa, anda boleh lakukannya sepertimenonton TV atau bermain computer game.
Aktiviti yang ditandakan C mungkin boleh diagihkan kepada orang lain. Ataupun, mungkin boleh dilakukan sekali gus dengan aktiviti B.Manakala, aktiviti A pula adalah keutamaan anda di mana anda perlu memberi tumpuan pada awal hari anda. Lakukan aktiviti-aktiviti anda mengikut senarai kepentingan.
Daripada A, sehingga C. Sekiranya ada masa, dan pastinya dengan mengamalkan pengurusan masa di dalam audio ini, anda akan mendapat banyak masa terluang untuk melakukanperkara D!Rancangkan hari anda. Hari yang tidak dirancang adalah hari yang anda merancang untu gagal dalam menguruskan masa!


Kunci #3. Prinsip 80-20

Prinsip yang dihasilkan oleh Vilfredo Pareto mengatakan bahawa 20%daripada masa yang di ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasil daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain,produktiviti anda akan menurun selepas 20% masa anda diambil!Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat anda? Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas,bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategi bagaimana anda perlu menangani tugas tersebut.
Apabila anda sudah bersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasantersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda dapat menyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam...atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya.Kemudian, berhenti! Ya... berhenti dari melakukan tugasan tersebut.Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yangbenar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerja tersebut sudah 80% siap!Apa yang anda perlu lakukan kini adalah, alihkan perhatian anda kepada kerja atau tugas yang lain.
Mulakan tugas baru dan tidak perluhiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang sama iaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perlu diambil, kemudian berhenti.
Lakukan perkara yang sama pada tugasan yang lain.Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80%daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepas kesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasan asal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan anda sudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat semula.Gabungkan ketiga-tiga kunci merancang masa ini dan anda pasti teruja dengan kecekapan anda menangani masa dalam menjalankanperniagaan ada!

Ahad, 2 November 2008

APA ITU E-DAGANG (PERDADANGAN ELEKTRONIK)

PERDADANGAN ELEKTRONIK atau e-dagang dapat di definasikan dari beberapa aspek:

1. Dari perspektif komunikasi : merupakan penghantaran maklumat produk,
perkhidmatan taua bayaran melalui talian telefon ,rangkaian
komputer atau sebarang kaedah lain.

2. Dari perspektif proses perniagaan : merupakan aplikasi teknologi ke arah pengautomasian
transaksi dan aliran kerja perniagaan.

3. Dari perspektif perkhidmatan : merupakan peralatan yang di gunakan bagi memenuhi
hasrat firma, pengguna dan pengurusan untuk
mengurangkan kos perkhidmtan dan pada masa yang sama
meningkatkan kualiti barangan serta kepantasan
penghantaran perkhidmatan.

4. Dari perspektif operasi dalam talian : menyediakan situasi pembelian dan penjualan produk
atau maklumat melalui internet dan perkhidmatan
online yang lain.


Syarikat Pelopor e-dagang

E-dagang masih merupakan salah satu kaedah perniagaan yang membawa keuntungan jika di lakukan dengan cara yang betul. walaupun pasaran saham dan komoditi menurun tetapi e-dagang masih mampu bertahan dan menerima transaksi yang tinggi. berikut merupakan syarikat-syarikat e-dagang yang telah berjaya dan menjadi pelopor kepada teknologi e-dagang. syarikat-syarikat ini telah mempelopori urus niaga menerusi dunia siber dan telah menggunakan dan menerima teknologi e-dagang ketika teknologi web masih pada peringkat awal diperkenalkan. Antara syarikat e-dagang utama ialah
1. Amazon.com
2. ebay
3. Priceline.com


Kini monsun-biz.com mengorak langkah dengan menjadi laman web tempatan berasaskan konsep e-dagang dengan menawarkan perkhidmatan menjual-beli dan melelong barangan secara "online" dan alan meluaskan sayapnya ke peringkat global dan bersaing dengan syarikat e-dagang luar.

MENAMBAHKAN PROSPEK PERNIAGAAN PERKHIDMATAN

8 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MEMILIH MONSUN SEBAGAI SALAH SATU PLATFORM PEMASARAN PRODUK ANDA DI INTERNET

1. Web “Online Market” yang terbaru di Malaysia yang sedang meningkat naik.
Dan ianya telah dikenali diseluruh Malaysia samada di melalui media elektronik (
(tv,internet) dan media cetak.

2. Berkonsepkan Global dan Antarabangsa. Dengan Monsun-Biz, produk anda bukan sahaja
dipasarkan di Malaysia, tetapi juga diseluruh dunia.

3. Kaedah Pembayaran yang Mudah dan meluas:
a. Authorize.Net SIM
b. Authorize.Net AIM
c. Credit Card - Master Card and Visa
d. Cash On Delivery
e. Link Point API
f. Mobile88 (Pembayaran di Malaysia)
g. Credit Card – Master Card and Visa
h. Internet Banking – Maybank2U, CIMB Clicks, Hong Leong Bank, Alliance Online,
RHB Bank, Bank Islam, AM Bank Group, PB eBank.com
i. Inter Bank GIRO
j. E-Wallet – POSpay, Webcash, Mobile Money
k. Cheque / Money Order.
l. PayPal IPN
m. PayPal Express Chekout

3. Anda boleh mendapatkan 3 alat bantu pemasaran yang terbukti berkesan untuk
memasarkan produk hingga keseluruh dunia, seperti:
a) Gateway2020: Sistem Pembayaran Kad Debit dan Kredit
b) SMS: untuk melakukan pemasaran di Malaysia dan
c) BossMailer: Email untuk pemasaran hingga keseluruh dunia.

4. Sewaan Yang Murah: Serendah RM50.00 satu lot sebulan.

5. Pamerkan 10 keping gambar tanpa sebarang kos tambahan.

6. Anda boleh menggantikan produk-produk anda pada satu-satu lot dalam tempoh anda
menyewa itu. Sebagai contoh; jika anda menyewa satu lot dalam masa sebulan, maka
anda boleh mengganti pelbagai-bagai produk didalam lot tersebut dalam masa
sebulan, tanpa sebarang kos tambahan. Begitu juga jika anda meyewa satu lot dalam
tempoh setahun, anda boleh menganti produk-produk anda yang anda rasa sesuai pada
masanya pada bila-bila masa dalam tempoh setahun. Juga tanpa sebarang kos!

7. Semua Landlord Monsun adalah ejen Monsun-biz anda. Mereka semua adalah ejen-ejen
yang memiliki syarikat perniagaan berdaftar yang sah dan memiliki komitmen yang
tinggi. Justeru anda berurusan dengan mereka yang layak dan boleh dipercayai.

Selamat berniaga. SELAMAT BERURUSNIAGA

Sabtu, 1 November 2008

PERNIAGAAN ONLINE MONSUN-BIZ.COM

MONSUN-BIZ.COM adalah laman web yang menawarkan perkhidmatan menjual-beli dan melelong barangan secara "on-line" melalui Landlord yang berdaftar dengan pihak MIRSB. sebagai LANDLORD yang berdaftar, landlord boleh menawarkan "online store" kepada pengguna-pengguna internet untuk menjual beli dan meleleong barangan masing-masing
penguna-pengguna yang berdaftar dengan landlord bolehlah memuatnaik barangan mereka di laman "Lanlord" masing-masing dan menjalankan transaksi jual-beli dan melelong barangan secara "on-line".

Kelebihan menjual-beli dan melelong barangan secara "online" adalah lebih menjimatkan masa dan kos kerana ianya lebih pantas dan effisyen berbanding cara konventional.

Untuk mengakses akaun Landlord,supermarket,minimarket atau kiosk alamat laman web adalah :http://monsun-biz.com/dan tekan butang "Login" dan isikan partner ID dan password pada kekotak dan Klik pada Login for partner

Untuk mengakses akaun seller,bidder atau buyer laan web adalah : http://www.monsun-biz.com/ dan tekan butang "Login" dan isikan Username dan password pada kekotak dan klik pada Login For Member.

Kemudian panel utama akan di paparkan untuk membolehkan sesiapa yg Login masuk melakukan urusniaga. SELAMAT BERURUSNIAGA........