CHAT WITH ME

Jumaat, 7 November 2008

USAHAWAN JUTAWAN????

Pernah tak anda tanya soalan ini? Rata-rata, ramai (bukan semua) hendak menjadi jutawan. Tetapi secara jujur, KENAPA anda ingin menjadi jutawan?
Soalan ini agak penting oleh kerana ia merujuk kepada akar pada cita-cita anda. Sekiranya anda tidak jelas dengan sebab KENAPA?… maka, ianya amat sukar untuk mengetahui BAGAIMANA?
So why? why? AND why?
ANTARA SEBABNYA


1. supaya duit tidak jadi masalah
2. dapat mengurusakan keluarga dengan berkesan
3. memenuhi tanggungjawab ke atas keluarga
4. dapat melakukan banyak perkara tanpa halangan
5. mencapai impian yang telah dicitakan dari kecil
6. membantu saudara-mara yang memerlukan
7. kos hidup semakin meningkat setiap hari
8. pendidikan anak-anak pun perlukan belanja besar.
9. bebas melakukan sesuatu tanpa masalah kewangan
10.untuk membalas jasa orang tua…dengan mengembirakan mereka…insyallah untuk
menghantar mereka ke Tanah Suci Mekah…

itu adalah antara jawapan yg selalu kita tanya KENAPA HENDAK JADI JUTAWAN

rata-rata masalah yang berlaku adalah kerana masalah kewangan yang sempit dan membelenggu.

“Wang bukan segala-galanya, tetapi segalanya adalah wang”

Jadi jutawan kena banyak tahu banyak perkara dan lebih banyak usaha yang serius.Kena sampai tahap kena fokus siang malam nak jadi jutawan!

“usaha,sabar, usaha,sabar, usaha, sabar, usaha sampai jadi jutawan!”

tapi yang paling penting DOA dan TAWAKAL

dan perlu selalu mensyukuri setiap pemberianNYA. INSYALLAH

SO APA IMPIAN ANDA UNTUK JADI JUTAWAN????? jom kongsi dengan semua!!