CHAT WITH ME

Khamis, 6 November 2008

AUDIT QALBU

Secara fitrahnya, dalam jiwa manusia itu sudah ada satu naluri kemanusiaan yang di bahagi 2 :

1. Naluri rasa bertuhan
2. Naluri rsa kehambaan

Kedua-dua naluri itu hendaklah sentiasa dipupuk dengan ajaran wahyu dan sunnah agar ia hidup dan tumbuh sebagai pohom rohani yang subur dan mengeluarkan bunga dan buah yang banyak yang akan mendatangkan banyak manfaat kepada diri sendiri dan seluruh umat.

Ironinya kerap kita dapat melihat dalam masyarakat kita,... orang yang fanatik dengan jalan kebendaan, bekerja siang malam tanpa henti, bergerak ke merata tempat untuk untuk berniaga sehingga tertinggal solat, tetapi pencapaian kebendaannya tak seberapa.

Sebaliknya mereka yang kelihatan sibuk berdakwah dan melakukan kerja-kerja agama... tetapi kelihatan hidup mewah dan sempurna. Keluarga terpelihara. kenapa? Allah menjamin rezeki orang yang sentiasa memilih jalan-Nya.

Jika tubuh jasmani sentiasa diberi makan minum dan di rawat maka tidak terkecualilah tubuh rohani... ia perlu diberi makan dan dirawat. Namun kelekaan kepada dunia dan runtunan nafsu menjadikan kebanyakan daripada kita lebih menyelami tuntutan jasmani. Jika perut lapar kita akan segera dapatkan makanan, jika kehausan kita akan segera mencari air, kalau kita tercedera atau sakit kita akan segera mencari doktor untuk mendapatkan rawatan.

Tetapi kelaparan. dahaga dan kesakitan rohani biarpun sudah bertahun-tahun lamanya tidak pernah kita ambil peduli, walaupun parah sekalipun tidak pernah kita ubati.

Rohani yang lapar dan dahaga jikalau dibiarkan akan menyebabkan kegelisahan, resah dan rasa tidak tentu arah. namun kita selalu tidak mengambil peduli tentang faktor ini dan sering menyalahkan pada faktor cuaca, persekitaran dan kedudukan kewangan kita.

RENUNG-RENUNGKAN!!!!

Namun kita masih belum terlambat, pintu taubat masih terbuka, ayuh kita menuju jalan kembali.

firman Allah bermaksud;

"jika mereka itu tetap berada di atas jalan Allah, pasti Allah kana memberikan kepada mereka itu rezeki dan kekayaan yang melimpah ruah"
(maksud surah Jin :16)