CHAT WITH ME

Selasa, 11 November 2008

SEBAB UNTUK BLOG

1. EMOSI

Buatlah sebuah blog untuk anda meluahkan perasaan anda. Tidak kira marah,kecewa,benci,terkilan dan sebagainya. Dengan ini tekanan anda mungkin berkurang. Walaupun tak sebanyak mana, tetapi pasti ada kesannya. Apatah lagi bila ada maklum balas atau komen dari kenalan "ONLINE" anda yang memberi kata peransang atau semangat bagus bukan???? BLOG sebagai terapi emosi.

2. EKONOMI

Terdapat pelbagai cara menghasilkan pendapatan dengan blog.secara ringkasnya anda boleh membina blog yang menarik dan mengemaskininya dari masa ke semasa sehingga anda mempunyai pelawat yang ramai setiap hari. Dengan pelawat yang ramai, anda boleh menyertai program-program pengiklanan di mana mereka memberikan anda komisen atau menjual ruang blog unuk iklan terus kepada sesiapa yang mahu.

3. DIARI

Kita menulis perkara yang berlaku setiap hari di dalam diari, terutama sekali kaum hawa. kita mungkin boleh mengingati hal yang berlaku hari ni atau semalam, namun hal-hal yang berlaku bulan lalu atau setahun lalu? sudah tentu sukar bukan. Nah inilah masanya blog memainkan peranan. Kita mungkin akan tertawa sendiri mengenangkan perkara-perkara menarik yang dilakukan bersama kawan-kawan.

4.BENCHMARK

Blog juga boleh dijadikan kayu pengukur tentang siapa diri kita pada masa lalu dan pada hari ini. Adakah kita masih sama seperti 3 tahun dulu atau bertambah baik? Adakah kita masih berangan tak sudah-sudah seperti dulu tanpa melakukan apa-apa? Adakah kita hari ini adalah orang yang lebih baik dan sangat hebat berbanding diri kita 2 atau 3 tahun dulu? Sekiranya kita masih sama seperti dulu eloklah kita buat sedikit perubahan. Sebaliknya jika kita sudah berada jauh lebih baik dari diri kita yang dulu, bersyukurlah! BLOG boleh menjadi kayu pengukur untuk anda imbas semua yang telah anda lalui dan mungkin bakal anda rancangkan satu hari nanti.

5.PORTFLIO

Sesetengah BLOGGER akan menghantar pos berkaitan kerja yang mereka lakukan atau tentang minat, kepakaran atau hobi mereka. Katakan jika anda berminat dengan tawaran kerja yang di iklankan di surat khabar atau laman web. Jadi kita boleh hantarkan maklumat peribadi besrta salinan kerja dan juga boleh sertakan pautan kepada blog yang mengandungi portfolio anda.Jadi ianya akan memberi kelebihan kepada diri anda daripada orang lain yang tidak mempunyai blog.....

6.KENALAN

Kita sering terfikir untuk mencari kenalan lama yang pernah belajar di sekolah atau sama-sama menuntut di universiti dahulu. Inilah ruang paling mudah dan sesuai. Kita buat satu pos didalam blog menceritakan tentang sekolah kita, kolej atau universiti. Jadi jika ada teman-teman anda menemui blog anda melalui enjin carian menerusi kata kunci nama sekolah atau nama group kita semasa kita belajar dulu. Selain itu, kita juga boleh terus berhubung terus dengan rakan-rakan yang juga mempunyai blog dan mengikuti perkembangan mereka secara maya. Kenalan baru juga akan bertambah berikutan pautan atau pos kita dilihat oleh orang lain dan diberikan komen. maka rantaian kawan-kawan ini tidak terputus dan berkembang hari demi hari.

7.KOMUNIKASI

Anda tentu pernah membaca blog dan anda munkin pernah kurang setuju denga pendapat penulis blog itu. Disini bukan sahaja penulis blog di uji membalas komen dengan hujahan yang baik, ini akan menambahkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi dan ada kadang-kadang pembaca blog menggunakan bahasa kasar kerana tidak bersetuju dengan satu-satu pendapat. Di sini anda sebagai penulis blog perlu bijak mengawal emosi dan tetap tenang demi mempertahankan pendapat anda. Secara perlahan-lahan tanpa kita sedari, kita sudah mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan tahap keyakinan diri yang tinggi.


8.MINAT

Minat atau bakat boleh di salurkan ke blog, jika anda berbakat menulis, melukis, merakam lagu,video dan apa jua sekali pun, biarkan pembaca blog membacanya dari terbiar begitu saja. Blog memberi ruang untuk anda menempatkan hasil kerja atau bakat anda yang tidak dapat di tempatkan di dunia sebenar... mungkin anda berbakat bermain guitar... jadi rakamkannya dan uploadkan di blog anda.... jadi bolehlah orang lain menikmati muzik ciptan anda.

9.MENJUAL DIRI

Jangan salah sangka !! menjual diri bukan bermakna menjual maruah diri. Menjual diri di sini ialah mewar-warkan kepada dunia tentang siapakah anda dan apa yang ada pada diri anda. Ilmu anda,kepakaran anda, kemampuan diri anda, jual kemampuan diri anda supaya wujud peluang sama ada peluang mendapat pekerjaan yang lebih baik melalui blog portfolio anda, peluang mendapat kerja sampingan untuk menambah sumber ekonomi atau peluang mewujudkan perniagaan.


10.ILMU

Sebenarnya ilmu adalah sebab utama blog di bina. Kini orang mengakses internet untuk mencari maklumat dan zaman ini juga di kenali sebagai zaman informasi. Seorang doktor akan mengepos tentang tips-tips kesihatan ataupun info-info penyakit semasa. Seorang pakar sistem komputer pula akan poskan tentang bidang kerjanya diselang-selikan dengan tips-tips komputer dan juga cara mengatasi dan membaik pulih masalah komputer yang berlaku. Begitu juga dengan peguam,novelis,guru dan anda sendiri... ya anda... mengenai bidang kepakaran anda.. menarik bukan??? setiap orang akan poskan aper yang mereka tahu dan ianya adalah ilmu. Bayangkan betapa banyaknya ilmu di blog-blog serata dunia. Bukankah menyampaikan ilmu itu satu perkara baik.


Ini adalah sebahagian sahaja kenapa blogger membina blog, sebenarnya banyak lagi sebab untuk apa blog dibina.... jadi terpulang pada anda untuk menentukan sebab kenapa anda hendak membina blog anda sendiri.... teruskan!!!!!