CHAT WITH ME

Sabtu, 11 Oktober 2008

AMALAN SELEPAS RAMADHAN

Cuba mencari pertolongan Allah untuk membimbing anda berada di jalan lurus dan tetap teguh di landasan kebenaran.
Mengenai perkara ini elok di perhatikan ayat 8 surah ali-imran maksudnya: (merka berdoa dengan berkata : Ya Tuhan kami! Jangan lah engkau memesongkan hati kami sesudah enkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi mu, sesungguhnya engkau jualah tuhan yang melimpah-limpah pemberiannya)

• Gigih mengikuti kuliah dan syarahan agama
• Menambah pengetahuan mengenai biografi nabi, sahabat dan golongan beriman
sama ada melalui buku/sumber lain ia akan memandu anda untuk tetap berada
pada landasan kebenaran serta mencontohi jejak langkah mereka yang terpuji
dan diredhai Allah
• Mendengaar rakaman ceramah agama
• Tekun mengerjakan ibadat (wajib dgn penuh tangungjawab
• Rajin mengerjakan ibadat sunat dan menjadikannya kebiasaan walaupun sedikit,
nabi s.a.w bersabda, maksudnya: … amalan terbaik keoada allah ialah yang
berterusan walaupun ianya sedikit
• Mula memerhati ayat al-quran. Baca ayat Al-Quran yang anda pelajari ketika
mengerjakan solat dan amalkan membacanya sekerap yang boleh.
• Banyak berzikir(mengingati allah) dan memohon keampunan daripada allah .
amalan ini mungkin Nampak kecil tetapi jika selalu diamalkan ia akan
meningkatkan keimanan dan memberikan kekuatan kepada jiwa.
• Waspada terhadap setiap perkara yang boleh memesongkan hati daripada jalan
kebenaran seperti pergaulan dengan orang jahat,program televisyen yang tidak
sopan,lagu dan gambar tidak elok.
• Terakhir tetapi penting ialah taubat, iaitu menyesal atas kesalahan lalu
kepada Allah dan bertekad tidak akan menyimpang daripada landasan kebenaran
lagi.Allah suka apabila hambanya kembali kepadanya dengan taubat yang
sebenar-benarnya.

moga kita akan sentisa di bawah lindunganya....INSYALLAH.

Tiada ulasan: